Salamaya netizen semua,
Bila hari Jumaat kebanyakkan muslim di Malaysia berbaju melayu apabila keluar dari rumah untuk ke pejabat masing-masing. Hari Jumaat bagi penduduk di KL adalah suatu yang amat singkat kerana bekerja sampai pukul 12 dan kemudian rehat solat Jumaat dan bersambung pukul 2 petang. Dalam tempoh yang singkat ini, orang berpusu-pusu keluar dari pejabat ke kedai mkn ke masjid dan kembali ke pejabat. Kesesakan akan timbul di mana-mana tempat yang berdekatan dengan masjid. Alangkah bagusnya KL digazetkan hari cuti pada Jumaat dan Sabtu seperti negara Islam yang lain.
Masalah apabila berada di masjid:
1) Orang ramai makan sampai ke waktu khutbah.
2) Peniaga masih berniaga walaupun azan pertama sudah berkemundangan.
3) Orang ramai berlegar-legar di luar masjid, semasa khutbah berlangsung.
4) Merokok dan makan di kawasan masjid. Sampah di tidak di buang di tempat yang do sediakan.
5) Tidur semasa khutbah. Khutbah Jumaat amat penting, sehingga dipendekkan waktu solat zohor dari 4 menjadi 2.
Marilah kita muhasabah diri masing-masing. Agar perkara yang sama tak berulang kembali setiap Jumaat. Hari Jumaat la kita dapat lihat umat muslim bersolat sampai melimpah keluar masjid. Moga perkara sama berulang pada waktu-waktu solat fardhu yang lain. In shaa Allah.