Tuesday, 22 March 2016

Ulasan Game (PSP) : Soul Eater Battle Resonance

Ulasan Game (PSP) : Soul Eater Battle Resonance

Manga Soul Eater mendapat tarikan peminat dengan gaya serangan yang unik. Manga ini seterunya di adaptasikan menjadi anime dan kemudian di keluarkan dalam bentuk game. Reviu kali ini menumpukan game Soul Eater di konsul PSP dengan tajuk Soul Eater Battle Resonance. Tajuk sama juga dikeluarkan untuk konsul PS2.

Game bergenre perlawanan ini ( fighting) di terbitkan oleh Namco Bandai hasil pembangunan dari syarikat Bec. Game ini di keluarkan untuk pasaran Jepun pada tahun 2009, tiada sarikata atau dialog di dalam bahasa Inggeris. Terdapat 12 watak yang anda boleh pilih untuk bertempur dgn computer(COM) atau rakan anda sendiri. Game ini terdapat 3 mode pilihan; single, versus dan adventure. Single mode;  anda boleh memilih untuk berlawan dengan COM secara seorang atau berkumpulan. Versus mode; anda berlawan dengan rakan anda secara ADHOC. Dan adventure; anda berlawan mengikut misi yang di tetapkan.

Cara combo serangan game ini agak mudah, terdapat serangan rendah (○), serangan tinggi ( ^ ), serangan istimewa ( □) dan serangan individu ( X ) yakni berbeza pada setiap watak. Sesetengah watak yang mempunyai Senjata Roh, boleh menekan butang yang akan terpapar pada skrin untuk menambahkan kuasa serangan ( power gauge ) Jika kuasa serangan ini sampai ke tahap maksima, anda boleh melancarkan serangan istimewa.

Bagi peminat Soul Eater, anda boleh mendapatkan game ini dan menghayati kuasa serangan watak manga/anime ini. Runut bunyi di ambil dari anime Soul Eater sendiri. Game ini mungkin bukan pilihan bagi penggemar pemain yang suka game pertempuran. Ianya di fokuskan bagi peminat tegar manga/anime Soul Eater.

Ulasan Game (PSP) : Sunday vs Magazine: Shuketsu Chojo Daikessen

Ulasan Game (PSP) : Sunday vs Magazine: Shuketsu Chojo Daikessen

Game crossover sering menjadi permintaan di kalangan peminat game. Bagi konsol psp; game Sunday vs Magazine: Shuketsu Chojo Daikessen yang bermaksud perhimpunan para penempur dalam perlawanan yang terhebat!  Kolabrasi di antara majalah Shukan Shonen Sunday dan Shukan Shonen Magazine yang di terbitkan masing-masing oleh Shogakakun dan Kodansha berjaya menarik perhatian Konami dan Hudson Soft untuk menerbitkan sebuah game untuk konsul PSP. Walaubagaimanapun, hanya edisi bahasa Jepun sahaja yang di keluarkan.

Game ini bergenre kan perlawanan dalam bentuk dua dimensi ( 2D fighting ). Cara bermainan nya agak mudah, butang combo dan serangan penamatnya tidak memerlukan pergerakan yang kompleks. Dan kesemua 29 watak yang dapat dipilih mempunyai butang serangan yang sama. Menariknya dalam game ini, setiap watak game ini di reka agar mempunyai serang
an sama seperti yang terdapat dalam manga. Anda boleh lihat serangan Recca hanabishi (flame of recca) dengan serangan naga api nya, Ippo Makunouchi (hajime no ippo) dengan serangan uppercut dan lain2 lg. Dari manga seni pertahanan diri ke fantasi dan juga gag manga, setiap watak di hidupkan dari dalam manga ke skrin psp anda.

Anda boleh lihat watak ahli Fairy Tails ( Natsu dan Lucy) di dalam game ini walaupun siri manga ini belum tamat lagi. Begitu juga dgn manga Zettai Karen Children yang di wakili Kaoru Akashi. Game ini di cipta pada tahun 2009, di sebabkan itu, watak-watak bagi manga yang belum tamat, serangan mereka agak terhad. Bagi peminat tegar manga dan anime; watak manga seperti Kyo bermata iblis, Ushio dan si Tora, Negi Springfield, Ban Midou dari Get Backers dan ramai lagi, menjadi nostalgia dan pilihan utama untuk berlawan dengan watak-watak yang lain.
Senarai penuh watak, termasuk watak yang telah dibukakuncikan.

Terdapat 3 mode pilihan yang boleh di pilih untuk bermain di dalam game ini ; story, adventure dan multiplayer. Bagi mode story, setiap watak berlawan sehingga ke peringkat ketua terakhir dan akan membuka kunci untuk watak baru. Bagi mode adventure pula, watak yang anda pilih akan melalui satu kembara untuk menghapuskan sebilangan musuh. Setelah misi selesai, anda akan mendapat point. Dan point tersebut akan di gunakan untuk membuka kunci teknik serangan penamat baru. Mode multiplayer pula, memerlukan dua pemain menggunakan sistem adhoc untuk bermain. Pemain akan berlawan dengan watak masing-masing yang telah mereka dapat. Sistem adhoc ini juga blh digunakan pada mode adventure.

Lokasi pertarungan juga di reka menyamai tempat di dalam manga/anime dan mempunyai runut bunyi anime tersebut. Agak malang sekali semasa game berlangsung anda akan dapat merasai kejatuhan frame (frame drops). Mungkin akan menjejaskan combo anda tetapi game masih berjalan dengan lancar. Mungkin di sebabkan "UMD" yang anda main.

Game Sunday vs Magazine ini mengimbau nostalgia ketika anda membaca manga atau anime kegemaran anda dahulu. Malahan ketika di skrin menu, anda boleh mendengar suara watak pembantu yang tiada di dalam slot watak pilihan.