Sunday, 24 April 2016

Masa yang terbaik tengok Anime

Yo salamaya semua. Basikalbaru-dalam-rumah!!!

Kalau di Malaysia kita sekarang mengalami musim el nino di tambah pulak dengan negara kita kat garisan khatulistiwa, memang panas berdengung la kan. Tapi di negara empat musim, sekarang ni diorang tengah mengalami musim bunga ( spring season). Bagi negara Jepun pada masa ni lah banyak anime baru yang akan keluar. Jadi aku nk bgtau korang, antara siri yang jadi perhatian aku.


Sakamoto desu ga?

Sakamoto desu ga kalau di bahasa melayukan jadi. Tak kenal ke, sakamoto? Dari tajuk pun korang dah boleh teka ni cerita komedi. Cerita dia memang kelakar, kelakar serius. Pasal kehidupan watak sakamoto ni dalam sekolah menengah. Perwatakan dia tersangat 'cool' sampai setiap aktiviti dia tu jadi cool !? Memang wajib tgk bagi siapa yg sukakan cerita sekolah menengah komedi.


Joker's game

Cerita berkisarkan zaman Jepun ataupun era sebelum perang dunia ke-2, sebuah agensi perisik; D - agency, menjadi tempat latihan perisik2 Jepun. Perisik, tu spy  cam James bond. Tak sedap kan bunyi perisik? Haha. Cerita ni memang misteri dengan realistik. Berdasarkan siri novel yg di adaptasikan menjadi filem dan di adaptasikan menjadi anime. Permulaan episod yang menarik dengan mendedahkan spy Jepun lawan spy Barat.


Jojo's Bizzare Adventure Part 4

Kipas-susah-mati Jojo kat sini. Hehe. Tapi aku tak berapa otaku sgt pasal jojo. Cuma aku dah baca manga dia dari volume 1 lagi. Part 4 ni meneruskan kesinambungan plot cerita Jojo's bizzare adventure. Mungkin lebih kepada kesinambungan watak dan 'kuasa' siri Jojo. Bagi yang rasa pelik, apsal nama dia kemelayuan sgt, Cam nama kucing; Jojo. Jojo ni kependekan nama watak utama, Josuke Higashikata (Jo yang kedua tu dari hiragana 'suke' yg blh disebut jo ) Plot part 4 kali ini berkisarkan mengenai kehidupan Josuke di bandar Morioh, dan misteri pembunuh yang terdapat dalam bandar ni. Rakan dan musuh, masing2 menggunakan stand untuk berlawan dan mempertahankan diri. Kuasa 'stand' bagi Jojo adalah Crazy Diamond membolehkan dia menyembuhkan orang dan mengembalikan objek yang hancur kepada asal. Stand ni merupakan penjaga bagi pemilik masing2. Setiap Stand mempunyai kuasa yang berbeza dan menjadi pengaruh bagi setiap peminat komik.

Mungkin ada berapa anime utk spring 2016 ni yang menarik yang aku terlepas korang blh rekemenkan kat bawah ni. Dan kat mana korang blh tgk anime ni? Tempat faveret aku animeonthego dan gogoanime. Kongsi la site streaming korg . Muka-senyum-kenyit-mata.

Sunday, 3 April 2016

Tamatnya PS Store Untuk PSP

Bagi pengguna PSP, PS Store merupakan salah satu cara mudah untuk para gamer memperoleh game, add-on, theme dan video trailer. Segala-galanya boleh di muat turun terus ke konsul mudah alih anda yakni PSP. Pada 31hb Mac 2016, secara rasminya Sony menutup server PSP mereka dan secara tidak langsung nya, icon PS Store di PSP menjadi icon yang tidak berguna.
Pihak Sony telah menutup server PS Store Eropah pada *2015, dan pada Mac lalu, menutup penuh kesemua server Asia, US dan Australia. Mereka juga menutup server PS2.

Apa yang akan terjadi?

Bagi pemain PSP/PS2 yang gemar bermain online, mereka akan nampak kesannya. Tetapi para pemain online kedua2 konsul ini telah berkurangan sejak PS3, PS Vita dan PS4 di lancarkan. Bagi PSP, beberapa game yang sering di mainkan di dalam talian adalah seperti Fat Princess, Resistance Retribution, dan juga Ace Combat. Game multiplayer secara talian memang menyeronokan jika anda tidak dapat mencari rakan-rakan berhampiran untuk bermain secara adhoc. Agak sayang kerana game-game hardcore seperti kingdom heart, metal gear solid dan monster hunter tiada mode dalam talian.

Bagi yang gemar untuk menghias PSP secara digital, anda juga tidak dapat memuat turun tema PSP yang baru. anda juga tidak boleh membeli game secara digital. Ianya akan dapat dirasai bagi pengguna PSP Go.

PS Store masih relevan?

Walaupun PSP telah berumur 10 tahun, perkhidmatan PS Store untuk PSP, masih berguna untuk mengetahui apakah game yang terkini dan menjadi bualan orang ramai. Malahan ada juga add-on yang boleh di muat turun untuk tambahan bagi game yang sedia ada. Secara jujurnya, perkhidmatan PS Store ini hanya sering di gunakan oleh gamer dari Jepun kerana game psp masih terus di keluarkan hingga ke tahun ini (2016).

Masalah utama Sony ?

Bagi syarikat berprofil tinggi, sebarang perkhidmatan yang tidak mendatangkan untung, perkhidmatan tersebut perlu di berhentikan. Pihak Sony telah mula menghentikan jualan game psp pada tahun 2014 kepada negara luar dan memfokuskan jualan dalam negeri Jepun.
Malah cabaran terhadap jualan memory pihak ketiga dan pelanunan game juga membuatkan mereka menanggung kerugian. Jesteru itu, penutupan PS Store PSP merupakan langkah bijak.

Berakhirnya zaman PSP?

Walaupun Sony telah menghentikan khidmat PS Store. PSP masih boleh di mainkan tanpa sebarang masalah. Malah konsul ini lebih relevan dari game telfon pintar sekarang. Pemain konsul pasti akan mencari PSP walaupun memiliki emulator di telefon pintar masing-masing kerana butang fizikal, boleh bermain secara adhoc dan nostalgia yang tidak dapat di ganti.